CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 24 September 2013

HUBUNGAN KITA DENGAN IBU BAPA
 ( CARA BERBAKTI KEPADA KEDUA IBI BAPA )





Ibu bapa merupakan insan yg pling apat dan dihormati. mereka banyak berkorban dlm membesarkan & bagi bimbingan kepada kita tnpa meminta balasan @ bayaran atas apa yg mereka lakukan kepada kita. pada zaman skarang ramai anak-anak tidak mnghormati kedua ibu bapa mereka. mereka perlakukan ibu bapa mereka dengan layanan yg kasar bahkan ada yg berni memukul kedua orng tuanya tnpa ada persaan belas kasihan.

Islam mngajar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. perintah ini bnyak dimuatkan dlm al-quran  yg mnunjukkan bhwa perkara ini amt penting.

" dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepda kedua orng tuanya, ibunya telah mengandungkannya dgn keadaan lemah yg bertambah-tambah dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepada-KU & kepada kedua orang tuamu, Hanya kepada Aku kamu di kembalikan" (Luqman, 31:14)


Redha ALLAH adlah trletak kpda redho ibu bapa. kalau ibu bapa kita marah @ kecil hati dgn kita, maka jwpannya susahlah hidup kita, bukan hanya di dunia malahan di akhirat jua. saya menyeru agar kalian semua wajiblah taat kepada kedua orng tua kepana tnpa mereka tiadalah kita di dunia ini.





CARA BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA.


Terdapat banyak cara untuk berbakti kpda kedua ibu bapa antaranya ialah memberi nafkah, memberi tempat tinggal, bagi perhatian, memenuhi permintaan, memberi kasih sayang, bercakap dgn lemah lembut, mendoakan kebaikan mereka, menghadiahkan kejayaan, meluangkan masa bersama-sama mereka dan sebagainya.



KASIH SAYANG


Sebagai balasan atas kasih sayang yg dicurahkan oleh mereka kepada kita. kasih sayang ibu bapa tidak akan pernah padam terhadap anaknya. Anak yg baik tidak akan melupai jaga dan pengorbanan kedua orng tuanya. Anak yg solehah pula sentiasa memohon kepda ALLAH agar kedua orng tuanya sentiada berada di bawah lindungan-NYA.






BERCAKAP DGN LEMAH LEMBUT


Sesungguhnya anak d'tegah membantah kata-kata ibu bapanya dengan suara yg tinggi. lebih baik berdiam diri drpda berkata-kata yg blh menyinggung perasaan ibu bapanya. kemudian jika ada kesempatan gunakan perkataan yg lembut utk mnjelaskn keadaan sebenar.




MENGHADIAHKAN KEJAYAAN


Ibu bapa sentiasa mengharpkan kejayaan ank mereka. so ank hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untk mencapai kejayaan agar dapat d'kongsi kegembiraan brsama-sama dgn mereka.





MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA


Anak yg tinggal brasingan dgn ibu bapa perlulah kerap meluangkan masa dgn mengunjungi mereka. ibu bapa akan berasa senang serta dapat menatap wajah ank mereka.





MENDOAKAN KEBAIKAN UTK IBU BAPA.


Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu bapa. amalan ini perlu d'teruskan walaupun ibu bapanya telah meninggal dunia.


Sabda Rasulullah bermaksud : apabila meninggal seseorng itu maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah yg berterusan, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kpda orng lain dan anak yg soleh yg sentiasa mendoakan kebaikan kpd org tuanya. 
 ( Hadis Riwayat Muslim )






~ ... JIKA BENAR KITA SAHABATNYA... ~




SAHABAT adalh 1 kperluan hidup. shabat yg baik sntiasa inginkan kbaikan utk diri kita. ditegur dan mnegur sudah mnjadi 1 kemestian pada kita krna hidup ini tdak sempurna. jika perkara itu salah @ tdak kena, pasti ada org yg akan mnegurnya.. mungkin orang tu adlah.... kita.


SAHABAT YG BAIK  ialah :-
  • sahabat yg tdak boleh duduk diam apabia melihat kita mlakukan hal yg salah. 
  • sahabat yg akan merasa lbih gembira drpada diri kita sndiri apabila kita berjaya dlm apa yg d'lakukan.
  • sahabat yg kita ada dlam doanya selalu.

CONTOHNYA :  suatu hari kita mnegur sahabat demi kbaikannya & secara brhikmah. tapi selepas itu dia buat muka masam. maka apa yg kita akan buat ialah berbalikpada niat kita menegur. mengapa kita tegur?? jika teguran itu krana ALLAH SWT & rasa sayang pada sahabat, maka kita tdak akan brkecil hati walaupun ditengking serta  tidak akan menjauhan diri wlaupun diri sendiri dijauhi.


SEKALI KITA BERSAHABAT, BIAR KITA PEGANG PERSAHABATAN ITU SAMPAI MATI. PERSAHABATAN ITU BKAN SELALU INDAH.  KALAU KITA HARAPKAN PERSAHABATAN YG SENTIASA TENANG, JGNLAH KITA BERMIMPI SIANG HARI YG MALAMNYA TDAK PERNAH MNJELMA.



 Dalam Kitab Ihya 'Ulumuddin.... mngenai persahabatn.. Imam Al-Ghazali mnyatakan bhwa tingkat yg trtinggi ialah mlebihi shabat daripda dirinya sendiri.

mampu tak kita buat sedemikian???  memntingkan sahabat lebih dari diri sendiri.. itu tingkat yg paling tinggi dalam bersahabat. manakala tingkat yg paling rendah adalah brsangka baik trhadap sahabat sendiri.

dalam persahabatan perlu ada tolak ansur,, menutup aib saudara sendiri dan antara sahabat itu saling melengkapi.

dalam sahabat, krana kasihnya kita kepadanya, pasti kita akan bagi nasihat serta berusaha pada masa yg sama. tegurlah apabila ada perkara yg trlepas pndang kerana kita ini manusia yang selalu sangat lalai dalam kehidupan..




' DIA ' TIDAK PERNAH JAUH...




Dengan mrendahkan diri dan jiwa, pndanglah ke langit. adakh terasa ALLAH SWT bgitu jauh?? tidak. DIA tidak pernah jauh!!
apabila d'landa mslah & kekecewaan dlm hidup, sebilangan kita akan membuatperkara yg membawa dosa @ memprotes. Tanpa kita sedar, sebenarnya kita memprotes kepada ALLAH... dalam hidup ini kita ada dua ujian iaitu ujian kesenangan dan ujian kesusahan..Kata kita TUHAN JAUH kerana tak tolong menyelesaikan masalah yg kita hadapi. kita hnya berasa DIA itu dekat @ jauh apabila kita d'landa masalah..

 

MEMBUKA TIRAI PERASAAN JAUH....


Knpa d'antara kita merasakan yg ALLAH SWT itu jauh?? ini krana kita yg jauh..apabila hati tidak terisi dengan perkara2 yg mengingatkan kpada-NYA, maka ia akan kosong dari sentuhan-NYA. mulai saat itulah kita yg msih tdak mmbuka mata hati mnyatakan TUHAN itu juah walhal DIA itu sentiasa dekat!!

knapa d'antara kita tak rasa brsalah apabila meninggalkan solat?? sudahlah begitu, mngucap istiqfar dan berdoa sanagtlah jarang.. krna merasakan ALLAH itu jauh, maka itulah yg tatapan minda kita...

sebenarnya ini bukan berkisar tentang ALLAH ITU JAUH,, masalahnya skarang ini ada pada diri sendiri./
hati yg kotor akan mngakibatkan cahaya hidayah tidak dpat menyentuhnya,, apatah lg memasukinya.. DIA akan bagi hidayah kepada orng yg berusaha untukNYA.


DIA ITU MAHA DEKAT!!


Pada setiap helaan nafas, setiap kerlipan mata 7 setiap gerak langkah yg tercipta, apakah kita bleh menafikan bahawa ALLAH SWT itu jauh? jika tdak krn DIA adakah kita akn dpat bergerak dngan sendirinya??
 
ALLAH SWT tidak pernah jauh selagi kita melembutkan hati & memandang semua kjadian sebgai hidayah serta hiknah daripada-NYA. itulah hakikatnya.

Dan sesungguhnya KAMI menciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikan oleh hatinya dan KAMI lebih dekat drpda urat lehernya.. - Qaf : 16

Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kpdamu (Muhammad) tntng AKU, maka sesungguhnya AKU dekat. AKu kabulkan prmohonan org yg berdoa apabila dia berdoa kpda-KU. hendaklah mereka itu memenuhi perintah-KU dan beriman kepada-KU agar mereka memperoleh kebenaran.. - al-Baqarah : 186

Mengapa apabila kita d'timpa masalah. kita merasakan ALLAH SWT itu jauh,,sedangkan para pejuan agama serta Rasul dan Nabi terdahulu diuji dngan hebat. mereka itu lebih baik drpda kita.

Kita ini cepat melatah dan jarang bersyukur.. jngan pernah rasakan ALLAH WT itu jauh.. sebaliknya berilah amaran dan katakan pada diri bhw memang kitalh yg makin jauh daripada-NYA..Moga kita d'kuatkan oleh-NYA. Mintalah sgla permohonan drpda-NYA.




Tuesday 10 September 2013

MANFAAT HASIL BELAJAR DARIPADA ALAM




Di dunia ini, ada 2 bentuk penciptaan Allah.
  1. Penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung seperti langit, hutan, bukit - bukau, gunung - ganang, sungai dan seumpamanya. ( alam semula jadi )
  2. Ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung seperti bagunan, kenderaan, perabot, pakaian dan lain-lain.



Antara Manfaat yang kiat perolehi hasil belajar daripada ALAM :

1.   Terasa Bukti Kewujudan Allah SWT   

Apabila kita melihat alam yang begitu tersusun dan teratur mustahil tiada Pengaturnya. Mustahil semua berlaku secara kebetulan. Semua ini adalah hasil daripada ciptaan Allah dan secara langsungnya kita dapat merasa bukti kewujudan Allah. Penciptaan alam yang begitu sistematik hinggakan planet-plenet beredar mengelilingi matahari pada orbitnya dengan jarak yang telah ditentukan. Bumi tidak akan berada lebih dekat dengan matahari kerana ia akan menyebabkan panas dan terbakar. bumi juga tdak akan lebih jauh daripada itu kerana ia akan menyebabkannya sejuk dan membeku. Siapa yang menetapkan jarak ini?? Subhanallah.
Dalam firan Allah yang bermaksud : 

 " Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan dialah yang mengatur pertukaran malan dan siang. Apakah kamu tidak berfikir mengenainya??"  ( Surah Al-Mukminun 23 : 80 )



       
       2.   Bukti Kekuasaan dan Keagungan Allah

Dapat kita bayangkan tak betapa hebatnya kuasa Allah yang mengatur alam ini. untuk menyusun perabot, hiasan sebuah rumah misalnya, lebh mudah untuk menyusun perkara-perkara yang sama pada sebuah stadium. Dan untuk mengatur dan menyusun sebuah stadium tentunya lebih mudah berbanding menyusun sebuah daerah, negeri dan negara. bayangkan betapa besarnya kuasa allah yang mengatur dan menyusun seluruh alam ini!!!
Untuk menjelaskan betapa hebatnya kuasa allah yang mengatur alam ini hayatilah firman Allah ini yang bermaksud :

     " Allah tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi-Nya sesuatu yang ada di langit dan di Bumi, tidak ada yang boleh memberi manfaat kecuali dengan izin-Nya. Ia Maha Mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan di belakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali  yang dikehendaki-Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi-Nya memelihara keduanya. Ia Maha Tinggi dan Maha Besar. " 



        
3.     Menambahkan Keyakinan kepada Kebenaran al-Quran

Dengan melihat alam, terciptalah ilmu sains kerana sains itu berasaskan kepada uji kaji, pemerhatian dan kesimpulan. banyak ayat Al-Quran, mendorong manusia melihat dan mengkaji alam. oleh itu, sains dan Ai-Quran tidak dapat dipisahkan. kedua-duanya datangnya daripada Allah. Al-Quran adalah wahyu Allah yang tidak dapat disamakan dengan akal manusia. Sins misalnya, menemukan bahawa cahaya matahari itu adalah sumber kepada cahaya bulan. cahaya pada bulan hanyalah Cahaya pantulan daripada matahari. cahaya keduanya tidak sama. dalam Surah Nuh ayat 16, Allah berfirman yang bermaksud :

     " Dan Allah menciptakan pada langit-langit itu bulan sebagai nur dan matahari sebagai siraj." (pelita atau lampu )
 


hakikat ini turut diakui oleh para saintis bukan islam. Albert Einstien misalnya pernah menegaskan : "Agama tanpa sains pincang. Sains tanpa agama buta." jadi banyak teori sains yang membuktikan kebenaran Al-Quran. Oleh sebab iti, banyak sarjana Barat yang telah memeluk islam sehingga menjadikan islam adalah agama yang berkembang dengan cepat dan pesat di benua Eropah dan Amerika.



Monday 9 September 2013

BELAJAR DARIPADA ALAM




Allah s.w.t tidak menciptakan alam ini dengan sia-sia. Alam diciptakan dengan tujuan yang khusus dan istimewa. Alam ialah hasil karya Allah untuk mengajar dan memdidik manusia. Alam ini adalahm maha karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya.


Pandangan Manusia Terhadap Alam


a)    Pandangan zahir semata-mata.

Manusia hanya melihat alam dengan pandangan mata biasa. Antara perkataan yang akan terucap dari mulut kita hanyalah ‘indah,cantik’ sahaja. Manusia tidak mampu menyelami sesuatu yang lebih tersirat dan bermanfaat. Apa yang ada dihadapan mata, itulah sahaja yang dapat dijangkau. Mereka ini terlindung daripada melihat sesuatu yang lebih hakiki. Mereka tidak dapat melihat bukti kewujudan Allah melalui penciptaan alam. Bukanlah ala mini tidak cukup hebat untuk memantulan semula bukti kewujudan dan kebesaran Penciptanya dengan jelas, tetapi akal dan hati merekalah yang buta untuk melihatnya.




b)   Pandangan nafsu

Golongan ini hanya melihat alam dengan penuh kegelojohan dan keserakahan hawa nafsu. Mereka hanya melihat alam sebagai alat untuk memenuhi kejahatan. Jika akal melihat alam akan menghasilkan ilmu, sebaliknya apabila nafsu yang melihatnya akan menghasilkan dosa. Contohnya apabila saintis datang ke hutan untuk mengkaji flora dan fauna sehingga terjanalah ilmu dan kajian, manakala para pendosa datang untuk tujuan melakukan maksiat seperti zana, khalwat dan sebagainya. akal mereka telah dikuasai nafsu dan ini memberi kesan yang lebih buruk, buan hanya kepada alam tetapi kepada manusia itu sendiri. apabila hukum in dilanggar, maka berlakulah seperti yang ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: 

“ telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. ( timbulnya yang demikian ) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.”
( Surah Al-Rum 30 : 41 )





c)    Pandangan akal

Ini adalah pandangan menerusi akal fikiran. Jika alam dilihat dengan akal, maka akan tercungkillah banyak ilmu disebalik Penciptaannya. Hasil melihat alam inilah yang menyebabkan munculnya ilmu matematik, sains, fizik, kimia, biologi dan puluhan cabang ilmu dalam kehidupan manusia. Melihat alam dengan pandangan akal inilah asas segala ilmu akliah seperti sains, matematik, geografi dan lain-lainnya. Dengan ilmu ini manusia mengetahui rahsia ciptaan Allah seperti haiwan, tumbuhan dan planet-plenet. Ini akan membolehkan manusia menjadi pakar tenang alam. Apabila manusia sudah mengusai alam, maka dengan mudah mereka membangunkan, mengurus dan mentadbirnya. Faktor inilah yang meletakkan darjat manusia lebih tinggi daripada malaikat, sekaligus layak menjadi khalifah di muka bumi.  




Thursday 15 August 2013

Secebis Cinta Manusia Selautan Kasih ALLAH



HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH S.W.T






Ketahuilah wahai manusia, ALLAH adalah Tuhan kita, tuhan yang patut kita tunduk dan patuh seluruh jiwa dan raga kita kepada-Nya kerana Dialah yang menciptakan segala-galanya. Dia juga berkuasa atas semuanya dan Dia Maha Bijaksana serta kekuatan-Nya tiada bandingan. Sehebat manapun manusia di atas muka bumi ini, tidak ada yang mampu menandingi-Nya.

ALLAH Maha Hebat lagi Maha Berkuasa atas segala-galanya. Kita yang berada di hadapan-Nya hanyalah makhluk yang kerdil, kecil dan tidak berkuasa dan tidak mempunyai apa-apa. Saban hari kita melakukan maksiat dan kemungkaran di atas bumi ini serta tidak memperdulikan perintah-Nya dan ajaran-Nya, tetapi Dia masih menghidupkan kita sehingga hari ini. Jadi kita sepatutnya bersyukur sebagai ucapan terima kasih kita kepada-Nya kerana masih memberi kesempatan untuk kita bernafas sehingga ke saat ini. Jika Dia mengkehendaki, Dia boleh mematikan kita pada bila-bila masa sahaja, malah ALLAH tidak pernah membencikan hamba-Nya. Ini menunjukkan bahawa ALLAH sentiasa menyayangi kita. Sewajarnya kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini, perlulah berasa beruntung dan bersyukur atas kasih-sayang yang diberikan-Nya kepada kita. 



Di dunia ini, kita sering diuji dengan pelbagai cara, termasuklah ujian mental, pelbagai kesukaran sehinggakan ada masanya kita berasa diri kita terhimpit ke hujung alam. Ada juga hidupnya yang tidak habis-habis diduga. Sebagai insan biasa, kita akan berada lelah dan tenggelam dalam arus kelemahan kerana kita tidak ada tempat untuk berpaut. Oleh itu, kita perlulah mendekatkan diri kepada ALLAH dan sentiasa mengingati bahawa ALLAH itu ada bersama kita dan sentaisa mendengar setiap rintihan ataupun masalah kita. Mendekatkan diri kepada ALLAH dapat menguatkan mental dan kita akan merasakan segala dugaan dan cabaran itu adalah perkara kecil yang mana ALLAH sengaja hendak menguji kita sama ada kita dapat menerimanya atau tidak. Setiap dugaan dan cabaran ini dapat mematangkan kita. ALLAH turunkan dugaan dan cabaran, lantas berkata “ Semua ini adalah hikmahnya , dan kami tidak mengetahui .” Hanya keimanan yang kuat kepada qada’ dan qadar sahaja dapat membantu.  

Disamping itu juga, manusia mempunyai fitrahnya yang tersendiri. Antara fitrahnya adalah ketakutan. Contohnya sebagai seorang pelajar, kita akan belajar bersungguh-sungguh kerana kita takut gagal dalam peperiksaan, manusia juga takut pada kegemukan lantas dia menjaga pemakanan dengan berdiet dan sebagainya. Lumrah manusia memerlukan ketakutan sebenarnya. Ketakutan kepada ALLAH merupakan satu ketakutan yang bertaraf istimewa dalam setiap jiwa manusia di atas muka bumi ini. Sekiranya kita meletakkan ketakutan kita pada tempat yang betul, maka ketakutan itu dapat menghasilkan kekuatan yang tinggi dalam kehidupan kita. Ia juga dinamakan sebagai takwa. Takwa adalah perasaan takut untuk melanggar perintah ALLAH dan takut melakukan larangan-Nya. Takwa ini membuatkan kita bergerak atas landasan yang benar.



 “ Wahai manusia yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia sudah sediakan daripada amalannya untuk hari akhirat. Dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya pengetahuan Allah meliputi segala yang kamu kerjakan.” Surah al-Hasyr, ayat 18.


Antara keunikan takut kepada ALLAH:

a)    Membuatkan kita semakin hampir kepada-Nya
b)    Menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan
c)    Menghasilkan keberanian yang tidak tertanding.