Di dunia ini, ada 2 bentuk penciptaan Allah.
- Penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung seperti langit, hutan, bukit - bukau, gunung - ganang, sungai dan seumpamanya. ( alam semula jadi )
- Ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung seperti bagunan, kenderaan, perabot, pakaian dan lain-lain.
Antara Manfaat yang kiat perolehi hasil belajar daripada ALAM :
1. Terasa Bukti Kewujudan Allah SWT
Apabila kita melihat alam yang begitu tersusun dan teratur mustahil tiada Pengaturnya. Mustahil semua berlaku secara kebetulan. Semua ini adalah hasil daripada ciptaan Allah dan secara langsungnya kita dapat merasa bukti kewujudan Allah. Penciptaan alam yang begitu sistematik hinggakan planet-plenet beredar mengelilingi matahari pada orbitnya dengan jarak yang telah ditentukan. Bumi tidak akan berada lebih dekat dengan matahari kerana ia akan menyebabkan panas dan terbakar. bumi juga tdak akan lebih jauh daripada itu kerana ia akan menyebabkannya sejuk dan membeku. Siapa yang menetapkan jarak ini?? Subhanallah.
Dalam firan Allah yang bermaksud :
" Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan dialah yang mengatur pertukaran malan dan siang. Apakah kamu tidak berfikir mengenainya??" ( Surah Al-Mukminun 23 : 80 )
2. Bukti Kekuasaan dan Keagungan Allah
Dapat kita bayangkan tak betapa hebatnya kuasa Allah yang mengatur alam ini. untuk menyusun perabot, hiasan sebuah rumah misalnya, lebh mudah untuk menyusun perkara-perkara yang sama pada sebuah stadium. Dan untuk mengatur dan menyusun sebuah stadium tentunya lebih mudah berbanding menyusun sebuah daerah, negeri dan negara. bayangkan betapa besarnya kuasa allah yang mengatur dan menyusun seluruh alam ini!!!
Untuk menjelaskan betapa hebatnya kuasa allah yang mengatur alam ini hayatilah firman Allah ini yang bermaksud :
" Allah tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi-Nya sesuatu yang ada di langit dan di Bumi, tidak ada yang boleh memberi manfaat kecuali dengan izin-Nya. Ia Maha Mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan di belakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendaki-Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi-Nya memelihara keduanya. Ia Maha Tinggi dan Maha Besar. "
3. Menambahkan Keyakinan kepada Kebenaran al-Quran
Dengan melihat alam, terciptalah ilmu sains kerana sains itu berasaskan kepada uji kaji, pemerhatian dan kesimpulan. banyak ayat Al-Quran, mendorong manusia melihat dan mengkaji alam. oleh itu, sains dan Ai-Quran tidak dapat dipisahkan. kedua-duanya datangnya daripada Allah. Al-Quran adalah wahyu Allah yang tidak dapat disamakan dengan akal manusia. Sins misalnya, menemukan bahawa cahaya matahari itu adalah sumber kepada cahaya bulan. cahaya pada bulan hanyalah Cahaya pantulan daripada matahari. cahaya keduanya tidak sama. dalam Surah Nuh ayat 16, Allah berfirman yang bermaksud :
" Dan Allah menciptakan pada langit-langit itu bulan sebagai nur dan matahari sebagai siraj." (pelita atau lampu )
hakikat ini turut diakui oleh para saintis bukan islam. Albert Einstien misalnya pernah menegaskan : "Agama tanpa sains pincang. Sains tanpa agama buta." jadi banyak teori sains yang membuktikan kebenaran Al-Quran. Oleh sebab iti, banyak sarjana Barat yang telah memeluk islam sehingga menjadikan islam adalah agama yang berkembang dengan cepat dan pesat di benua Eropah dan Amerika.



3 comments:
ALHAMDULILAH..perkongsian yang sangat hebat...mudah-mudahan kite dapat manfaat ape yang telah kite bce daripada blog ini..semoga dpt kongsi lgi..
alhamdulilah perkongsian yg sgt hebat..bnyk memberi manfaat kite semua...keindahan alam yang tersegah indah dengan ciptaan yang maha kuasa..ALLAHHUAKBAR..betapa agungnya ciptaan TUHAN..
subhanallah..bestt laa..yg pasti alam ni memang bukti kekuasaan Allah..kita tengok alam pun kira ibadah kan..malah saintis barat pun turut mengakui pelbagai kebenaran dari Al quran sampai dorang pun masuk islam..harap bagi post menarik lg k pasal alam ni..
Post a Comment