HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH S.W.T
Ketahuilah wahai
manusia, ALLAH adalah Tuhan kita, tuhan yang patut kita tunduk dan patuh
seluruh jiwa dan raga kita kepada-Nya kerana Dialah yang menciptakan
segala-galanya. Dia juga berkuasa atas semuanya dan Dia Maha Bijaksana serta
kekuatan-Nya tiada bandingan. Sehebat manapun manusia di atas muka bumi ini,
tidak ada yang mampu menandingi-Nya.
ALLAH Maha Hebat
lagi Maha Berkuasa atas segala-galanya. Kita yang berada di hadapan-Nya
hanyalah makhluk yang kerdil, kecil dan tidak berkuasa dan tidak mempunyai
apa-apa. Saban hari kita melakukan maksiat dan kemungkaran di atas bumi ini
serta tidak memperdulikan perintah-Nya dan ajaran-Nya, tetapi Dia masih
menghidupkan kita sehingga hari ini. Jadi kita sepatutnya bersyukur sebagai ucapan terima kasih kita kepada-Nya kerana masih
memberi kesempatan untuk kita bernafas sehingga ke saat ini. Jika Dia
mengkehendaki, Dia boleh mematikan kita pada bila-bila masa sahaja, malah ALLAH
tidak pernah membencikan hamba-Nya. Ini menunjukkan bahawa ALLAH sentiasa
menyayangi kita. Sewajarnya kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini, perlulah
berasa beruntung dan bersyukur atas kasih-sayang yang diberikan-Nya kepada
kita.
Di dunia ini, kita
sering diuji dengan pelbagai cara, termasuklah ujian mental, pelbagai kesukaran
sehinggakan ada masanya kita berasa diri kita terhimpit ke hujung alam. Ada
juga hidupnya yang tidak habis-habis diduga. Sebagai insan biasa, kita akan
berada lelah dan tenggelam dalam arus kelemahan kerana kita tidak ada tempat
untuk berpaut. Oleh itu, kita perlulah
mendekatkan diri kepada ALLAH dan sentiasa mengingati bahawa ALLAH itu ada
bersama kita dan sentaisa mendengar setiap rintihan ataupun masalah kita.
Mendekatkan diri kepada ALLAH dapat menguatkan mental dan kita akan merasakan
segala dugaan dan cabaran itu adalah perkara kecil yang mana ALLAH sengaja
hendak menguji kita sama ada kita dapat menerimanya atau tidak. Setiap dugaan
dan cabaran ini dapat mematangkan kita. ALLAH turunkan dugaan dan cabaran,
lantas berkata “ Semua ini adalah hikmahnya , dan kami tidak mengetahui .”
Hanya keimanan yang kuat kepada qada’ dan qadar sahaja dapat membantu.
Disamping itu
juga, manusia mempunyai fitrahnya yang tersendiri. Antara fitrahnya adalah
ketakutan. Contohnya sebagai seorang pelajar, kita akan belajar
bersungguh-sungguh kerana kita takut gagal dalam peperiksaan, manusia juga
takut pada kegemukan lantas dia menjaga pemakanan dengan berdiet dan
sebagainya. Lumrah manusia memerlukan ketakutan sebenarnya. Ketakutan kepada
ALLAH merupakan satu ketakutan yang bertaraf istimewa dalam setiap jiwa manusia
di atas muka bumi ini. Sekiranya kita meletakkan ketakutan kita pada tempat
yang betul, maka ketakutan itu dapat menghasilkan kekuatan yang tinggi dalam
kehidupan kita. Ia juga dinamakan sebagai takwa. Takwa adalah perasaan takut
untuk melanggar perintah ALLAH dan takut melakukan larangan-Nya. Takwa ini
membuatkan kita bergerak atas landasan yang benar.
“ Wahai manusia yang beriman, bertakwalah
kepada ALLAH dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dan
hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia sudah sediakan
daripada amalannya untuk hari akhirat. Dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah
kepada Allah, sesungguhnya pengetahuan Allah meliputi segala yang kamu
kerjakan.” Surah al-Hasyr, ayat 18.
Antara keunikan takut kepada ALLAH:
a)
Membuatkan kita semakin hampir
kepada-Nya
b)
Menghasilkan ketenangan dan
kebahagiaan
c)
Menghasilkan keberanian yang tidak
tertanding.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
5 comments:
subhanallah...satu perkongsian yang sgt menarik..betapa kerdil kita di sisiNya...namun Dia sentiasa sayangkan kita..moga sgala salah & silap kita sentiasa diberi pengampunan oleh ALLAH SWT...amin....
Allahu Rabbi Yang Maha Kuasa...
- masyaAllah, apabila dengan berkata kunfayakunNYA.... masyaAllah.. maha kuasaNYA.. surah yaasin ayat ke-13... -
Allah is the Great...kita pula hrus sdr kita hnya hmba yg kerdil....
Allahu rabbi.. ketahuilah bahawa Allah itu maha kuasa, makhluk langsung tiada kuasa.. apa2 pun yang kita hadapi sentiasalah kita mengingati Allah s.w.t...
Post a Comment