BELAJAR DARIPADA ALAM
Allah s.w.t tidak menciptakan alam ini dengan sia-sia. Alam diciptakan dengan tujuan yang khusus dan istimewa. Alam ialah hasil karya Allah untuk mengajar dan memdidik manusia. Alam ini adalahm maha karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya.
Pandangan Manusia Terhadap Alam
a) Pandangan zahir semata-mata.
Manusia hanya melihat alam dengan pandangan mata biasa. Antara perkataan yang akan terucap dari mulut kita hanyalah ‘indah,cantik’ sahaja. Manusia tidak mampu menyelami sesuatu yang lebih tersirat dan bermanfaat. Apa yang ada dihadapan mata, itulah sahaja yang dapat dijangkau. Mereka ini terlindung daripada melihat sesuatu yang lebih hakiki. Mereka tidak dapat melihat bukti kewujudan Allah melalui penciptaan alam. Bukanlah ala mini tidak cukup hebat untuk memantulan semula bukti kewujudan dan kebesaran Penciptanya dengan jelas, tetapi akal dan hati merekalah yang buta untuk melihatnya.
b) Pandangan nafsu
Golongan ini hanya melihat alam dengan penuh kegelojohan dan keserakahan hawa nafsu. Mereka hanya melihat alam sebagai alat untuk memenuhi kejahatan. Jika akal melihat alam akan menghasilkan ilmu, sebaliknya apabila nafsu yang melihatnya akan menghasilkan dosa. Contohnya apabila saintis datang ke hutan untuk mengkaji flora dan fauna sehingga terjanalah ilmu dan kajian, manakala para pendosa datang untuk tujuan melakukan maksiat seperti zana, khalwat dan sebagainya. akal mereka telah dikuasai nafsu dan ini memberi kesan yang lebih buruk, buan hanya kepada alam tetapi kepada manusia itu sendiri. apabila hukum in dilanggar, maka berlakulah seperti yang ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:
“ telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. ( timbulnya yang demikian ) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.”
“ telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. ( timbulnya yang demikian ) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.”
( Surah Al-Rum 30 : 41 )
c) Pandangan akal
Ini adalah pandangan menerusi akal fikiran. Jika alam dilihat dengan akal, maka akan tercungkillah banyak ilmu disebalik Penciptaannya. Hasil melihat alam inilah yang menyebabkan munculnya ilmu matematik, sains, fizik, kimia, biologi dan puluhan cabang ilmu dalam kehidupan manusia. Melihat alam dengan pandangan akal inilah asas segala ilmu akliah seperti sains, matematik, geografi dan lain-lainnya. Dengan ilmu ini manusia mengetahui rahsia ciptaan Allah seperti haiwan, tumbuhan dan planet-plenet. Ini akan membolehkan manusia menjadi pakar tenang alam. Apabila manusia sudah mengusai alam, maka dengan mudah mereka membangunkan, mengurus dan mentadbirnya. Faktor inilah yang meletakkan darjat manusia lebih tinggi daripada malaikat, sekaligus layak menjadi khalifah di muka bumi.

.jpg)

.jpg)
1 comments:
kita sebagai manusia kadang2 hanya melihat sesuatu tu hanya dengan mata yang kosong tanpa ingin menyingkap apa yang tersurat dan tersirat di sebalik kewujudan sesuatu.. setiap apa yang wujud dan jadi itu ada peranannya yang tersendiri.. malah kewujudan kita pun mempunyai peranan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.. jangan hanya memandang sesuatu dengan mata kosong.. cubalah singkap dan cungkil sebab musabab kewujudan sesuatu itu..
Post a Comment